expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

hai yaww. nice to meet you ;)


Sunday, 21 June 2015

Sejarah dan maksud Rukun Negara Malaysia


Tahukah anda, bilakah Prinsip Rukun Negara mula diwujudkan dan kenapa ianya dibentuk? Dewasa ini, makin ramai yang sudah melupakannya, hinggakan ada yang tidak tahu apa itu Rukun Negara. Kita perlu membaca sejarah supaya kita faham tentang kewujudannya dan mengunapakai prinsip-prinsip tersebut didalam kehidupan seharian kita di Malaysia.

Rukun Negara

Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya kongsikan Prinsip Rukun Negara didalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris:

Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


National Principles
Our nation, Malaysia, being dedicated:
to achieving a greater unity of all her peoples;
to maintaining a democratic way of life;
to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
to building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;

We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:
  • Believe in God
  • Loyalty To King and Country
  • Upholding The Constitution
  • Rule of Law
  • Good Behaviour and Morality


Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.


d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesimpulan
Tahun ini negara akan menyambut Hari kemerdekaan yang ke-57, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersatu-padu berbanding 57 tahun yang lalu. Namun, hakikatnya, pada ketika ini kebanyakkan dari kita mempunyai sifat perkauman yang tinggi. Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur.

Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini. Didalam keadaan kita menuju kemajuan, ianya dilupakan sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia bersatu-padu suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca sahaja tetapi juga di amalkan didalam kehidupan seharian kita.

Asal Usul Lagu NegaraKu

Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia.  Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudulTerang Bulan (Trang Bulan).  Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England.
Sultan Idris Murshiduladzam Shah, adalah Sultan Perak ketika itu (1887 hingga 1916).  Pada masa pertabalan Raja Edward VII (1901), Sultan Idris berangkat ke England sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan itu.  Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol dari pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak.  Menjadi amalan di England pada masa itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri itu dimainkan.
Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri.  Kebetulan, Raja Harun Sultan Abdullah, setiausaha sulit kepada Sultan adalah seorang pemuzik.  Walaupun sedar Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri, dia tidak mahu mengaku kalah.  Raja Harun memberitahu pegawai protokol bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu itu tidak dibawa bersama.  Begitupun, Raja Harun boleh memainkan lagu itu tanpa nota.
Selepas mendengar penerngan Raja Harun, pegawai protokol membenarkan beliau memainkan lagu itu.  Lagu itu sebenarnya ialah lagu Terang Bulan.  Berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada 1901 buat pertama kalinya dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak.  Dari saat itu, lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia. 
Satu lagi sumber mengenai asal usul Negaraku ialah cerita disampaikan Raja Kamarulzaman, anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.  Beliau menyatakan laguTerang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888, apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.
Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada 1888.  Setibanya rombongan diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Vicoria meminta nota Lagu Kebesaran Negeri Perak daripada Raja Mansur, juruiring Sultan Idris.  Untuk mengelak malu maka menerusi kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau menyatakan nota lagu terlupa dibawa.
Bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, beliau boleh membunyikan dengan cara bersiul.  Lagu disiul itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak.  Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.
Mubin Sheppard, bekas Pengarah Arkib Negara pernah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku.  Beliau mendapat cerita daripada dua adik beradik, Raja Aminah Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah, selain Raja Kamarulzaman.  Mengikut dua adik beradik ini, kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagaiNegaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.
Kata mereka, lagu itu sangat popular di pulau berkenaan dan selalu dimainkan pasukan pancaragam.  Dipercayai melodinya digubah ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada 1780 dan meninggal dunia pada 1857.
Raja Kamarulzaman pula menceritakan lagu itu diperkenalkan seorang bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura.  Dalam tempoh singkat lagu itu menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan
Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 31 Ogos 2008, oleh Suzan Ahmad)

Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony

hai yaw .. sini saya ingin kongsikan tentang kejadian yg mnggemparkan kita baru2 ini .. 
semoga info ini memberi mnfaat kepada kalian ..

Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu telah berjaya diselamatkan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, 19 Jun 2015. -
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu telah berjaya diselamatkan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, 19 Jun 2015.

Menurut kenyataan TLDM yang dikeluarkan hari ini, anak kapal yang terdiri daripada 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar didapati dalam keadaan selamat.

Salah seorang kru bagaimanapun mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun lalu.

Kenyataan itu juga berkata, lapan perompak gagal diberkas. Mereka berjaya melarikan diri kira-kira 8.30 malam tadi menggunakan bot penyelamat kapal.


Berikut adalah kronologi kejadian rompakan kapal MT Orkim Harmony sehingga ia dikesan di perairan Kemboja.


*11 Jun 2015 -Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu.

*14 Jun 2015 -Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan semua aset dan keupayaan untuk mengesan kapal itu.

*15 Jun 2015 -TLDM dan APMM memperluas kawasan pencarian bagi mengesan kapal itu meliputi 4,000 batu nautika persegi. Pada masa sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi menyatakan kehilangan kapal itu menjurus kepada rompakan lanun.

*16 Jun 2015 -Dua pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebuah pesawat milik APMM dikerah untuk mengesan kapal tersebut.

*17 Jun 2015 -Malaysia memperhebatkan pencarian menggunakan bantuan teknologi satelit daripada beberapa negara jiran untuk mengesan kedudukan terakhir kapal itu. Pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang.

*18 Jun 2015 -Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang dikesan berada di perairan Kemboja dan diawasi oleh pesawat TUDM, APMM dan RAAF. Kapal itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah ditukar nama asalnya 'Orkim Harmony' kepada 'Kim Harmon' serta serombongnya dicat dengan warna hitam. Berikutan itu, TLDM mengambil alih misi SAR dan menghubungi perampas kapal menggunakan frekuensi radio supaya mereka melepaskan 22 kru kapal.

TLDM juga mengesahkan terdapat lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang di dalam kapal itu dan mengadakan rundingan dengan kumpulan perampas itu supaya membebaskan anak kapal dan menyerah diri. Pada pukul 11 malam perampas kapal telah menukar laluan kapal tangki menuju
ke Pulau Natuna, Indonesia.

*19 Jun 2015 -APMM mengesahkan kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira 2.30 pagi dan kapal itu akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan diiringi KD Handalan yang dijangka tiba pada 2 pagi esok (20 Jun).

Selain itu, TLDM juga mengesahkan bahawa seorang tukang masak kapal itu iaitu warga Indonesia telah ditembak di sebelah paha kiri ketika kapal dirampas dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mendapatkan rawatan pada 10.15 pagi tadi, dan dilaporkan stabil.

Tiga pesawat iaitu P-3C Orion, C130 dan Beechcraft dihantar untuk menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony.

Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada 6.30 pagi.

Pihak TLDM dan APMM ketika ini masih lagi menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam sama ada lapan lelaki yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia.

Perusahaan Kecil Dan Sederhana ( IKS )



 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) banyak menyumbangkan perkembangan ekonomi negara khususnya meningkatkan pertumbuhan KDNK.Oleh itu, langkah-langkah memajukan PKS di negara ini amat penting. Bincangkan.



 PENGENALAN IKS mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia Pertama (RM1) (1966-1970)


.PKS penting dalam pembangunan negara.
- Meningkatkan pertumbuhan KDNK  ·        
 Jumlah sumbangan PKS pada era 2000 kepada sektor perkilangan negara secara keseluruhannya        adalah di sekitar 40% setahun. ·        
- Meningkatkan pendapatan negara


 Mewujudkan rantaian ekonomi          ·        
- Rantaian ekonomi lebih kukuh melalui hubung jalin dengan firma besar ·        
- PKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendokong kepada ekonomi berskala besar – sistem         vendor dalam industri automobil


 Menambah peluang pekerjaan ·        
- Penggunaan tenaga buruh secara intensif berbanding firma besar yang mengunakan jentera. ·        
- Peluang pekerjaan yang banyak boleh meningkatkan pendapatan per kapita – Industri pembuatan        makanan, kraf tangan dan perabot ·        
- Mengurangkan kadar pengangguran


Meningkatkan kualiti pengurusan       ·        
- Menjana kemahiran pengurusan,syarikat dan kewangan kepada masyarakat setempat ·         
-Meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan menerusi kursus, latihan lanjutan, seminar dan        perbincangan. 


Meningkatkan teknologi dalam negara. ·        
- Pemindahan teknologi membantu PKS meningkatkan kualiti produk dan secara tidak langsung        turut ·         - Mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan industri berteknologi tinggi. 


Meningkatkan keupayaan modal        ·        
- Modal diperoleh daripada pemilik sendiri, saudara-mara atau rakan perniagaan dan institusi        kewangan ·     - Pelaburan modal ini menjadi besar apabila keseluruhan PKS digabungkan.


 LANGKAH MEMAJUKAN PKS 
Memperluaskan program vendor      ·      
- Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran produk kerana pasaran produk PKS ditentukan        oleh industri skala besar. ·       
- Program ini diselaraskan oleh MITI. ·       
- Contoh, proton telah melantik beberapa vendor melalui skim komponen proton.


 Menubuhkan perbadanan pembangunan PKS            ·        
- SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS khususnya dalam pemberian pinjaman. ·        
- SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan kualiti produk PKS di samping memodenisasi        PKS. 


Mengembangkan usaha R&D ·        
- Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah mengembangkan R&D PKS. ·        
- Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk PKS agar berdaya saing ·        
- Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS. 


Khidmat bimbingan    ·        
- Pengusaha PKS perlu khidmat bimbingan yang berterusan agar PKS dapat bersaing dalam         peringkat global. ·        
- Contohnya program khidmat nasihat daripada MITI dan SMIDEC  


 Mewujudkan dana khusus      ·        
- Menyediakan dana khas seperti tabung industri bumiputera,tabung usahawan PKS, skim        perniagaan kecil dan skim kredit mikro. ·         
- Bank-bank tempatan juga turut menyediakan pinjaman tertentu kepada PKS – SME Bank 



KESIMPULAN
 Perkembangan IKS amat penting dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang tahun 2020.

Monday, 1 June 2015

bab 1 (penggal 1) Pengajian Am

hai yaww...assalammualaikum hari ini pakerun nk kongsikan sedikit sebanyak bab 1 (penggal 1) Pengajian Am 



Topik 1 : Malaysia Kekal Berdaulat

1.0  Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

1 .1 Negara 


1.1.1 Definisi Negara 
 i. Sesebuah masyarakat bebas yang menduduki kawasan atau wilayah dalam had sempadan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan.  atau
ii. Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. atau
iii. Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan. atau
iv. Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.



1.1.2 Konsep Negara Berdaulat

Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah dan mempunyai sempadan yang jelas selain itu mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta kebebasan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.



1.2  Ciri-ciri Negara Berdaulat
i.   Sempadan / wilayah yang jelas
ii.  Penduduk tetap untuk sesebuah negara bangsa. 
      a.  Jumlah     b..  Bangsa    
iii.  Kerajaan sah & sistem pentadbiran teratur.
 iv.  Negara berdaulat & berupaya mengawal hal-ehwal dalam negeri / negara. 
5v.   Hubungan diplomatik


1.3   Sistem Kerajaan dan Peranan


1.3.1 Sistem Kerajaan

1.3.1.1  Definisi Kerajaan
    Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

atau

Institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu: 
 i. Badan Petadbiran (Eksekutif)      ii. Badan Perundangan (Judisiari)    iii. Badan Kehakiman (Legislatif)


1.3.1.2  Sistem Kerajaan
  • Definisi : institusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang :            
  •  i. bertanggungjawab menggubal dan   
  •  ii. melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti Parlimen,Majlis Raja-raja,Kabinet,kementerian dan mahkamah. 
  
1.3.1.3  Peranan Kerajaan
  • Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara.
  • Menyediakan Kemudahan Ekonomi
  • Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan
  • Memastikan Keamanan dan Ketenteraman
  • Menstabilkan Persaingan
  • Perlindungan Alam Sekitar
  • Penyediaan Keperluan Asasi


1.4  Jenis-jenis Kerajaan Dunia

1.4.1  Kesatuan
  • ØCiri-ciri :   pemerintahan melalui pemusatan kuasa.
  •  ØKerajaan Pusat menghendaki semua negeri melepaskan semua kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Pusat
  •  ØKuasa pentadbiran tempatan/negeri dijalankan melalui arahan daripada Kerajaan Pusat. 
  • Contoh negara :     Britain

1.4.2  Konfederasi
  • ØCiri-ciri :   Kerajaan Negeri memiliki kuasa mutlak. Kerajaan Pusat memiliki kuasa terhad.
  • Dokumen yang mewujudkan pertubuhan bersama antara negeri lebih merupai perjanjian @ permuafakatan bukan perlembagaan. 
  • Contoh negara : Tiada negara yg mengamalkan jenis kerajaan ini

1.4.3 Persekutuan
  • Ciri-ciri: Suatu sistem pemerintahan terdiri daripada gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • ØKerajaan Negeri punyai kuasa autonomi ke atas perkara yang tak memerlukan keseragaman.
  • Antara kuasa mutlak Kerajaan Negeri ialah: 1. hutan 2. tanah 3. air   4. galianØ 
  • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas perkara-perkara berhubung dengan luar negara & perkara-perkara umum seperti pelajaran & kewangan.  
Kesimpulan Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri :
Jenis Kerajaan
Kerajaan Pusat
Kerajaan Negeri
Kesatuan
Ya

Konfederasi

Ya
Persekutuan
Ya
Ya
  


2.0 Pembentukan Malaysia

2.1   Kemerdekaan Tanah Melayu
  • Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.
  • Kesan :  Membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
  • Perpaduan anatara tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India menghasilkan Perjanjian London (8 Februari 1956) dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

2.2   Penubuhan Malaysia
  • Pembentukan persekutuan baru dirancang berlaku pada 1 jun 1963.
  • Beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina tentang pembentukan Malaysia melambatkan pengisytiharan hingga 16 september 1963.
  • Penangguhan ini kerana PBB membuat pungutan suara dari Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.
  • Pembentukan Malaysia pada 16 september 1963 menggabungkan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  • Dua masalah besar timbul diawal penubuhan :
    • Indonesia menuntut Malaysia
    • Filipina menuntut Sabah
  • Singpura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.


2.3   Sebab Pembentukan Malaysia

2.3.1  Keselamatan
  • Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang makin bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo.
  • Harapan melalui penubuhan gagasan baru ini => kestabilan politik mengekang ancaman komunis.

2.3.2  Mengimbangi Penduduk
  • Penubuhan gagasan Malaysia mengelakkan ketidakseimbangan kaum.

2.3.3  Kemajuan Ekonomi Bersama
  • Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama-sama.
  • Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
  • Sumber alam Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ekonomi.

2.3.4  Mempercepat Proses Kemerdekaan
  • Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

2.4   Proses Pembentukan Malaysia
  • Jawatankuasa Perundingan perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan. 
    •         Tujuan JPPM : 
      • i.                    memberitahu orang ramai tentang Malaysia 
      • ii.                  mengumpulkan sambutan terhadap Malaysia 
      • iii.                menyediakan memorandum tentang cara pembentukan Malaysia
  • JPPM memberi peluang kepada pemimpn Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan tentang gagasan Malaysia.
  • Satu memorandum disusun semula dan dihantar ke Suruhanjaya Cobbold (23 Februari 1962). Kandungan memorandum ialah :
    • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia
    • Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
    • Agama Islam => agama Persekutuan tetapi, rakyat bebas beragama
    • Bahasa Melayu => bahasa kebangsaan tetapi, bahasa lain masih boleh digunakan.
    • Hak istimewa seperti Orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak
    • Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.
    • Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
2.5. Penentangan Gagasan Malaysia
  • Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu tetapi gagal. 
    •         Akhirnya Filipina mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun1966.
  • Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.  Indonesia meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang penubuhan gagasan Malaysia.
    o        Laporan PBB : penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Indonesia tidak dapat menerima keputusan ini.
    o        Persetujuan telah dicapai antara Tun Abdul Razak dengan Adam Malikdi Bangkok dan  Perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

2.6   Akta Malaysia
 Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia.

2.6.1 Pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.
1. Parlimen British 
2. Parlimen Tanah Melayu
3. Dewan Perhimpunan Singapura 
4. Majlis Undangan Sarawak
5. Majlis Undangan Sabah.

2.6.2 Kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.
1. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen dalam pilihanraya.
7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

sukatan pembelajaran pengajian am

hai yaww....assalammualaikum semua.....saya fakhrul pelajar semester 1 2015
disini saya saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak sukan pembelajaran pengajian am penggal 1

Sukatan Pelajaran pengajian am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Am sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2005. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Am ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti

Pengajian Am adalah satu mata pelajaran peringkat STPM yang mensepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Melahirkan pelajar pra universiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat.

RINGKASAN SKOP SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU

Penggal   1
  1. Kemahiran Belajar
  2. Malaysia Kekal Berdaulat
Penggal  2
3.   Alih Bentuk Komunikasi
  1. Malaysia Maju dan Sejahtera
  2. Kerja kursus
Penggal   3
6.   Alih Bentuk Komunikasi
7.   Malaysia dan Negara Luar

Wajaran Pentaksiran:-
1. Pentaksiran Berpusat
*      Ujian Bertulis
*      Aneka Pilihan, Soalan Berstruktur dan Esei
*      80%
2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
*       Kerja Kursus
*       Penulisan, Pembentangan  dan Soal Jawab
*       20%